Sejarah Mi Cina

Rekod bertulis terawal mi adalah dari buku bertarikh Dinasti Han (206 SM – 220 M).[1] Mi, seringkali dihasilkan daripada doh gandum, menjadi makanan ruji terkemuka semasa Dinasti Han.[2] Semasa Dinasti Song (960–1279) kedai mi sangat popular di bandar-bandar, dan kekal dibuka sepanjang malam. Sepanjang tempoh dinasti awal, mi gandum Cina dikenali sebagai "kek sup" (湯餅), seperti yang dijelaskan oleh ilmuan dinasti Song, Huang Chaoying (黃朝英) menyebut dalam karyanya "Perbincangan campuran menarik mengenai pelbagai topik ilmiah" (Bahasa Cina: 靖康緗素雜記; pinyin: jìngkāngxiāngsùzájì, Skrol 2) bahawa pada zaman purba makanan beroti seperti pasta dirujuk secara kolektif sebagai "bing" dan dibezakan melalui kaedah memasak mereka.[3]

Pada tahun 2002, ahli arkeologi menemui sebuah mangkuk tembikar yang mengandungi mi diketahui tertua dunia, berusia kira-kira 4000 tahun, di tapak arkeologi Lajia daripada budaya Qijia di sepanjang Sungai Kuning di China.[1][4][5] The noodles were well-preserved.[1][4] Selepas menganalisis sisa mi pada tahun 2004,[4] ia telah ditentukan bahawa mi dibuat daripada sekoi foxtail dan sekoi broomcorn.[1][4][5][6]

Rujukan

WikiPedia: Mi Cina http://www.kaogu.cn/en/detail.asp?ProductID=986 http://www.foodsubs.com/Noodles.html http://news.nationalgeographic.com/news/2005/10/10... //doi.org/10.1038%2F437967a http://zh.wikisource.org/wiki/%E9%9D%96%E5%BA%B7%E... http://www.chshb.gov.tw/news_detail.asp?news_type=... http://news.bbc.co.uk/2/hi/science/nature/4335160.... http://www.bbc.co.uk/food/recipes/database/chicken... https://www.youtube.com/watch?v=mZ-4S8MzXiI&t=1206 https://www.youtube.com/watch?v=mZ-4S8MzXiI&t=1235